Posts

Showing posts from December, 2019

Personal Branding

Hai dan Assalamualaikum... Pada satu perkongsian iaitu Industry Sharing  yang disampaikan oleh Encik Koh Mui Han, beliau telah berkongsi mengenai personal branding. Sebelum bercerita lebih lanjut, saya mahu memperkenalkan serba sedikit mengenai Encik Koh Mui Han. Beliau merupakan graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Sarjana Muda Sains Teknologi dan Makanan. Encik Koh Mui Han merupakan consultant di Syarikat Change Dynamics yang juga kini sedang bergiat aktif dengan program ' Primed for Success' dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada seluruh pelajar IPTA dan IPTS tentang persediaan mahasiswa untk menghadapi dunia pekerjaan selepas tamat sesi pembelajaran. Pernah dengar atau faham tentang personal branding ? Personal Branding  adalah satu proses di mana seseorang memasarkan diri kepada orang ramai terutamanya kepada majikan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan.  Cara untuk memasarkan diri ini tidak tertumpu kepada satu platform sahaja malah ada pelb...

International Volunteer Day

Image
Assalamualaikum... Pada 7 Disember 2019 iaitu hari Sabtu, aku telah menyertai satu program iaitu International Volunteer Day yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief telah menjemput semua pelajar Citra UKM untuk sama-sama dalam menyertai program ini. Program ini turut disertai oleh pelajar UKM yang bukan dalam kalangan pelajar citra, pelajar USIM, staf-staf Islamic Relief sendiri dan juga orang luar. Program ini diadakan di dua tempat dengan dua aktiviti yang berbeza. Aktiviti pertama ialah aktiviti Scavenger Hunt di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, manakala aktiviti kedua adalah permainan bowling yang bertempat di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Dalam program ini, aku telah membawa dua orang kawan untuk turut bersama memeriahkan program. Pengangkutan dari UKM ke Tasik Cempaka dan juga Bangi Gateway turut disediakan tanpa apa-apa bayaran. Hadiah untuk kumpulan yang menang juga turut disediakan dan juga kami diberi peralatan dari Islamic Relief dan maka...