Personal Branding
Hai dan Assalamualaikum...
Pada satu perkongsian iaitu Industry Sharing yang disampaikan oleh Encik Koh Mui Han, beliau telah berkongsi mengenai personal branding. Sebelum bercerita lebih lanjut, saya mahu memperkenalkan serba sedikit mengenai Encik Koh Mui Han. Beliau merupakan graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Sarjana Muda Sains Teknologi dan Makanan. Encik Koh Mui Han merupakan consultant di Syarikat Change Dynamics yang juga kini sedang bergiat aktif dengan program 'Primed for Success' dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada seluruh pelajar IPTA dan IPTS tentang persediaan mahasiswa untk menghadapi dunia pekerjaan selepas tamat sesi pembelajaran.
Pernah dengar atau faham tentang personal branding? Personal Branding adalah satu proses di mana seseorang memasarkan diri kepada orang ramai terutamanya kepada majikan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Cara
untuk memasarkan diri ini tidak tertumpu kepada satu platform sahaja malah ada
pelbagai cara termasuklah melalui sosial media, perilaku di khalayak ramai dan
sebagainya.
Apabila seseorang itu memasarkan diri, dia perlu terlebih dahulu
mengenali diri sendiri dan perlu mencari kelainan yang wujud dalam diri untuk
menampakkan keistimewaan yang ada dalam diri agar orang akan yakin dan tertarik
dengan individu tersebut. Hal ini kerana, melalui personal branding yang baik,
ia akan dapat memberikan kelebihan kepada seseorang individu itu dan akan
menjadikannya lebih disukai berbanding yang lain.
Dalam perkongsian ini, Encik Koh Mui Han telah memperkenalkan kepada kami semua dengan linkedin. Linkedin adalah salah satu platform yang sangat berguna untuk memasarkan diri seseorang individu. Langkah pertama sekali ialah dengan mewujudkan profil profesional di laman linkedin. Apabila akaun profil telah diwujudkan, seseorang itu perlu lebih aktif di laman linkedin dengan cara post berkenaan kelebihan diri sendiri mengikut kreativiti dan juga perlu sentiasa memberi komen di laman linkedin orang-orang ternama. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk dikenali oleh mereka.
Banyak lagi yang boleh dipraktikkan untuk mencipta personal branding yang baik. Boleh juga dengan cara mewujudkan hubungan dengan orang-orang yang bekerjaya terutamanya dengan seseorang yang kita ingin bekerja dengannya. Selain itu, boleh juga cuba untuk mengikuti program-program yang berkaitan dengan kerjaya supaya dapat meningkatkan lagi ilmu di dada. Jadi, kesimpulannya ialah, pada detik ini, ciptalah personal branding yang baik kerana ia pasti amat berguna untuk masa hadapan.
Comments
Post a Comment