International Volunteer Day
Assalamualaikum...
Pada 7 Disember 2019 iaitu hari Sabtu, aku telah menyertai satu program iaitu International Volunteer Day yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief telah menjemput semua pelajar Citra UKM untuk sama-sama dalam menyertai program ini. Program ini turut disertai oleh pelajar UKM yang bukan dalam kalangan pelajar citra, pelajar USIM, staf-staf Islamic Relief sendiri dan juga orang luar.
Program ini diadakan di dua tempat dengan dua aktiviti yang berbeza. Aktiviti pertama ialah aktiviti Scavenger Hunt di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, manakala aktiviti kedua adalah permainan bowling yang bertempat di Ampang Superbowl, Bangi Gateway.
Dalam program ini, aku telah membawa dua orang kawan untuk turut bersama memeriahkan program. Pengangkutan dari UKM ke Tasik Cempaka dan juga Bangi Gateway turut disediakan tanpa apa-apa bayaran. Hadiah untuk kumpulan yang menang juga turut disediakan dan juga kami diberi peralatan dari Islamic Relief dan makanan serta minuman turut disediakan.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua peserta tentang kehidupan orang Bangladesh yang tinggal di kawasan Rongphur yang tidak berpeluang untuk mendapatkan bekalan air yang bersih. Malah untuk mendapatkannya, mereka terpaksa berjalan berpuluh kilometer sehari. Semasa aktiviti Scavenger Hunt dijalankan, kami memperoleh banyak info mengenai orang-orang Bangladesh yang tidak bernasib baik ini.
Jadi program ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi pembinaan 17 buah telaga air di Bangladesh yang akan dilakukan pada tahun depan sekaligus menyedarkan kami semua tentang kepentingan air. Dengan kerjasama daripada semua pihak, usaha murni ini akan dapat dijalankan dengan lancarnyapada tahun hadapan.

Comments
Post a Comment