Menghargai atau dihargai?

Hai and assalamualaikum...

Tajuk harini ialah "Menghargai atau dihargai?". Aku terpanggil nak luahkan opinion aku tentang perkara ni sebab lately ni aku tengok manusia ni selalu feeling-feeling sedih, kecewa sebabkan dua benda ni. Jadi sudi-sudilah baca sampai habis✌

Okay first let me terangkan maksud menghargai dan dihargai dulu. Bagi aku, menghargai ni adalah situasi di mana kita perlu menghargai segala sesuatu yang telah orang lain lakukan untuk diri kita tak kisah sekecil apa pun. Dihargai ni pula satu perasaan yang mana kau nak orang lain hargai diri kau, hargai segala usaha kau.
Menghargai dan dihargai bukannya berlaku dalam kisah percintaan sahaja. Situasi lain juga sering berlaku dua perkara ni seperti persahabatan, pekerjaan, pelajaran dan banyak lagilah.

Kita sebagai manusia ni, normallah bagi kita untuk rasa dihargaikan. Tak ada rasanya yang tidak ingin dihargai. Mesti macam pelikkan kalau jumpa orang macamtu? Tapi pernah tak kita fikir, "Aku ni pernah ke hargai orang lain sampai aku nak dihargai?" So cuba renung-renungkan. Kau dahlah tak pernah nak hargai orang, lepastu ada hati nak orang lain hargai kau? Kau rasa kau boleh dapat ke? Cukuplah asyik cari salah orang lain jer. Cuba tengok diri kita ni macam mana dulu. Seriously tak susah pun nak hargai orang lain.

Contoh, bila member kau bagi kau hadiah, kau ucaplah terima kasih kat dia. Hadiah tu kau jaga baik-baik. Tak kisahlah berapa mahal harga hadiah tu tapi yang penting keikhlasan hati dia nak hadiahkan barang tu untuk kau. Contoh lain, dalam situasi kerja berkumpulan. Ada seorang ahli kumpulan dah cuba bagi idea dan idea tu bagi kau macam alahai tak ada idea lain ke? Kau jangan terus reject idea dia tu. Sekurang-kurangnya dia ada effort untuk bantu kumpulan tu. Why not kau cuba jadikan idea dia tu kepada something yang gempak? Kau tambah-tambahlah sikit. Tanggungjawab kau bukan reject atau terima idea jer. Kalau macamtu, aku pun nak jadi macam kau. Kau kena sedar yang kau pun kena sumbang idea bernas kau tu juga.

Selain tu, mesti ada yang cakap "Aku dah banyak kali hargai orang, tapi aku tak pernah pun dihargai". Hmmm jangan sedih-sedih. Awak mesti pernah dengar atau baca, "memberi lebih baik daripada menerima". Macam tu juga dengan kes ni. Sebenarnya, menghargai seseorang itu lebih indah daripada kita dihargai seseorang. Awak janganlah penat nak hargai orang. Trust me, you are the best, amazing and awesome person ever😘 Tak ramai yang pandai menghargai macam diri awak. Jangan risau, satu hari nanti akan hadir seseorang yang akan hargai awak sepenuh hati dia. Atau pun sebenarnya awak tak sedar yang ada seseorang yang sentiasa menghargai apa yang awak buat. Cuma awak yang tak perasan sebab awak terlalu fokus dekat orang lain. Awak terlalu menagih rasa dihargai daripada seseorang sampai awak tak perasan kehadiran orang-orang di sekeliling awak yang sentiasa ada untuk awak.

Jadi kawan-kawan yang disayangi, tak maulah sedih-sedih. Menghargai itu adalah sesuatu yang indah dan dihargai itu adalah sesuatu yang bahagia. Kalau nak rasa dihargai, perlulah menghargai. Tapi yang paling penting, kita kena belajar cara nak menghargai diri kita dulu okay!





Comments

Popular posts from this blog

Girls Day Out

Sem break