Girls Day Out
Assalamualaikum dan hai!
Al-kisahnya bermula begini, salah seorang daripada kawan baik aku teringin sangat nak makan makanan korea dekat MyeongDong Topokki. Sebelum cuti mid sem lagi dia dah ajak aku tapi aku agak sibuk sikit jadi baru minggu ni aku dapat tunaikan permintaan dia. Kami memang belajar di universiti yang sama tapi boleh kira dengan jari berapa kali aku jumpa dia selama aku dekat universiti ni. Mungkin sebab kolej yang berlainan dan ambil bidang yang berlainan.
Jadi, aku berusaha kosongkan jadual aku sehari untuk dia demi nak melayan tekak dia yang teringin sangat nak makan makanan korea. MyeongDong Topokki ni dekat dengan universiti aku. Antara menu yang disediakan adalah MyeongDong Topokki, MyeongDong Tokochi, Kimchi Topokki, Chicken Mandu, Kimbap, Yangnyeom Chicken, Hangul Chicken Deopbap dan macam-macam lagilah.
Cuma aku sedikit kecewa sebab aku teringin nak makan MyeongDong Topokki tu tapi dah habis. Jadi aku terpaksa order menu yang lain. Tapi tak apalah asalkan kawan aku dapat capai apa yang dia teringin. Aku jujurlah, bagi sesiapa yang tekak tu memang tekak melayu, tak payahlah buang masa dan duit nak cuba benda ni. Benda ni sedap, cuma aku rasa yang tekak-tekak melayu ni bagi mereka macam biasa-biasa jer. Kalau teringin sangat nak cuba, bolehlah pergi.
Tapi untuk percubaan yang pertama, boleh kongsi dengan kawan dulu. Kalau rasa betul-betul sedap, lain kali bila kau pergi, boleh makan sensorang. Tapi air dia, serius sedap. Nama air tu Honey Vera. Kalau harga tu standard arh bila dah jadi makanan viral ni mesti mahalkan. Okay bolehlah pergi cuba. Selamat menghabiskan duit.

Comments
Post a Comment