Posts

Showing posts from September, 2019

KS2KM

Image
Assalamualaikum dan hai!!! Cerita aku harini adalah tentang hari sukan yang berlaku dekat kolej aku. Singkatan yang orang panggil adalah KS2KM yang maksudnya Karnival Sukan Kolej Keris Mas. Ada empat rumah sukan dan aku adalah daripada rumah biru. Aku memang suka hari sukan bukan sebab aku ni atlet. Aku tak aktif pun cuma aku suka jadi penyokong sebab boleh jerit-jerit sekuat hati aku. Bila lagikan nak menjerit ni? Ni jelah masa yang sesuai. Macam-macam permainan yang dipertandingkan. Contohnya, badminton, bola tampar, bola jaring, bola baling, bola keranjang, sepak takraw dan yang paling best sekali ialah tarik tali. Permainan memang sengit sangat. Hari pertama, semua rumah sukan dapat kumpul emas untuk rumah masing-masing tapi lain pula yang jadi dekat rumah biru. Tapi baru hari pertama. Rilek dulu. Masa hari kedua, rumah biru memang berusaha sungguh-sungguh sebab nak tebus balik maruah rumah sukan yang agak tercalar tu. Dan akhirnya dengan semangat kesukanan yang membara tam...

Dunia Blogger

Hello semua!!! Apa khabar? Harini aku akan bercerita macam mana aku boleh terlibat dengan dunia blogger ni. Cehhhhh cara cakap macam dah terlibat lama dah padahal baru dalam dua minggu...okay abaikan Sebenarnya waktu aku kecik-kecik dulu, aku pernah terniat nak buat blog aku sendiri sebab dulukan bende ni macam tengah hot. Tapi tu sekadar niat aku dan tak pernah pun jadi kenyataan;) Dan sekarang waktu aku dah masuk u nilah aku tiba-tiba 'terbuat' blog. Actually bukan terbuat tapi aku kena buat. Mesti tertanya-tanya an, "Asal kena buat?" "Siapa suruh buat?" Okay cerita dia, hari first yang aku masuk kelas untuk dekat universiti ni, aku masuk kelas aplikasi komputer. Jadi dr yang ajar kelas aku ni suruh semua budak kelas aku wujudkan blog masing-masing. Kau rasa aku nak bantah ke? Memang tak akan lah. Benda ni kalau kau buat, kau akan dapat markah. Jadi, confirm-confirmlah kalau tak buat, aku tak akan dapat markah. Aku nak lulus wehhh tak nak repeat. ...

Sambungan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua! Sambungan cerita untuk permulaan ke universiti.... Mungkin ramai yang tak puas hati sebab cerita yang haritu macam terlalu pendek. Maafkan aku semua😅 Actually ini pertama kali aku tulis blog dan ini adalah blog pertama yang aku berjaya cipta. Jadi aku mengaku aku memang kurang arif dalam hal-hal macam ni. Lain kali aku ceritalah macam mana tercetusnya blog yang simple ni. Hari ni aku nak fokus untuk sambung cerita macam mana aku survive dekat universiti. Masa hari pertama aku mendaftar, tak semua family aku ikut. Mak aku dengan adik lelaki aku yang bongsu jer ikut. Tapi ada lagi dua orang yang ikut iaitu mak cik saudara aku dengan akak sepupu aku yang jadi driver. Masa sampai sana tu, aku tak tahulah kenapa aku tengok macam barang aku sorang jer yang banyak. Orang lain rilek jer bawa barang sikit. Nak kata aku terlalu excited nak masuk universiti tu macam kelakar pulak. Dekat sana, aku kena parking kereta dekat dewan gemilang the...

Permulaan Universiti

Image
Assalamualaikum dan hai semua! Segalanya bermula pada 31 Julai 2019. Saat yang dinantikan semua pelajar lepasan matrikulasi, asasi, STPM dan juga para pelajar lepasan diploma telah tiba. Begitu juga dengan diri ini yang sungguh berdebar menantikan saat itu. Saat jam tepat menunjukkan pukul 12 tengahari, ketika itu aku sedang berada di tempat kerja iaitu di sebuah kedai buku. Aku mula duduk bersandar di sofa yang disediakan, lalu aku mencapai telefon pintarku dan terus menaip keputusan upu di laman sesawang. Apa yang ada di fikiranku ketika itu hanyalah aku mahu terpilih menjadi salah seorang pra-siswazah yang ditawarkan di mana-mana universiti di Malaysia kerana aku tidak mahu mengecewakan harapan orang di sekelilingku. Aku sangat beruntung kerana aku telah terpilih di salah satu universiti yang terkemuka di Malaysia malah di persada dunia. Kegembiraanku tidak dapat digambarkan. Hanya air mata dan senyuman yang menceritakan segalanya. Walaupun ia bukanlah pilihan utama yang aku m...