Dunia Blogger

Hello semua!!! Apa khabar?

Harini aku akan bercerita macam mana aku boleh terlibat dengan dunia blogger ni. Cehhhhh cara cakap macam dah terlibat lama dah padahal baru dalam dua minggu...okay abaikan

Sebenarnya waktu aku kecik-kecik dulu, aku pernah terniat nak buat blog aku sendiri sebab dulukan bende ni macam tengah hot. Tapi tu sekadar niat aku dan tak pernah pun jadi kenyataan;) Dan sekarang waktu aku dah masuk u nilah aku tiba-tiba 'terbuat' blog.

Actually bukan terbuat tapi aku kena buat. Mesti tertanya-tanya an, "Asal kena buat?" "Siapa suruh buat?" Okay cerita dia, hari first yang aku masuk kelas untuk dekat universiti ni, aku masuk kelas aplikasi komputer. Jadi dr yang ajar kelas aku ni suruh semua budak kelas aku wujudkan blog masing-masing. Kau rasa aku nak bantah ke? Memang tak akan lah.

Benda ni kalau kau buat, kau akan dapat markah. Jadi, confirm-confirmlah kalau tak buat, aku tak akan dapat markah. Aku nak lulus wehhh tak nak repeat. Tapi bagus jugak dr ni suruh buat blog. Sebab dari sinilah aku dapat belajar benda yang baru. Selama ni aku tak reti langsung nak buat blog macam mana, lepastu apa yang aku kena buat dengan blog aku ni. Okay aku jujur, sekarang pun aku masih tak faham macam mana aku nak buat blog aku ni tapi aku try belajar dari orang-orang yang pro.

Mesti ada yang cakap "ni mesti terpaksa ni, sebab tu buat blog ni."

Memanglah tapi aku lebih kepada paksa rela. Dalam keadaan aku terpaksa tu, aku rela juga sebenarnya😅Best tau sebenarnya kalau ada blog ni tapi lagi best kalau kau dah mahir nak guna benda alah ni.

Okay itu jer perkongsian untuk harini. THANK YOU BACA!
BYE!



Comments

Popular posts from this blog

Menghargai atau dihargai?

Girls Day Out

Sem break