Sambungan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua!

Sambungan cerita untuk permulaan ke universiti....

Mungkin ramai yang tak puas hati sebab cerita yang haritu macam terlalu pendek. Maafkan aku semua😅 Actually ini pertama kali aku tulis blog dan ini adalah blog pertama yang aku berjaya cipta. Jadi aku mengaku aku memang kurang arif dalam hal-hal macam ni. Lain kali aku ceritalah macam mana tercetusnya blog yang simple ni. Hari ni aku nak fokus untuk sambung cerita macam mana aku survive dekat universiti.

Masa hari pertama aku mendaftar, tak semua family aku ikut. Mak aku dengan adik lelaki aku yang bongsu jer ikut. Tapi ada lagi dua orang yang ikut iaitu mak cik saudara aku dengan akak sepupu aku yang jadi driver. Masa sampai sana tu, aku tak tahulah kenapa aku tengok macam barang aku sorang jer yang banyak. Orang lain rilek jer bawa barang sikit. Nak kata aku terlalu excited nak masuk universiti tu macam kelakar pulak.

Dekat sana, aku kena parking kereta dekat dewan gemilang then kena naik bas dengan barang-barang aku yang banyak tu untuk pergi ke kolej aku. Aku tak reka cerita tau tapi inilah kenyataannya. Aku rasa bagus jugak buat macam tu sebab nanti tak adalah sesak jalan tu dengan beribu pelajar yang baru nak mendaftar. Dipendekkan cerita, pendaftaran aku kat situ tak ambil masa yang lama pun. Aku rasa tak sampai 5 minit aku dah dapat masuk dalam bilik aku then aku kemas barang sikit-sikit then aku keluar untuk cari makan.

Waktu aku masuk bilik tu, aku memang tak jumpa dengan roommate aku lagi sebab dia daftar lambat. Maklumlah rumah dia dekat jer.

Tiba masa yang sangat berat bagi aku iaitu kena berpisah dengan family aku. Yer aku mengaku aku tak adalah kuat sangat tapi untuk bertahan depan orang ramai, aku masih mampu lagi. Tapi aku tanam azam baru untuk tak kuat nangis lagi ahahah. Jadi time aku naik bilik nilah aku jumpa dengan roommate aku. Aku pendekkan cerita lagi, kita orang berjaya habiskan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) kita orang dengan jayanya. (Maaflah aku suka sangat nak pendekkan cerita sebab aku takut aku terlalu melalut).

Habis MMM, esok pagi tu aku terus balik rumah. Aku sebenarnya bukan jenis yang suka sangat balik rumah tapi disebabkan aku nak jumpa seseorang yang special bagi aku, jadi aku decide untuk balik.

Untuk pengetahuan korang, aku tersangatlah shock dengan suasana dekat universiti. Pertama kali aku kena daftar subjek sendiri. Dia kira macam kalau kau lambat, nasib kaulah tak dapat nak masuk kelas tu. Macam aku, aku tak sempat nak daftar subjek matematik untuk ekonomi dan perniagaan sebab semua kelas dah full. Jadi aku dengan redanya pergi daftar kelas statistik untuk ekonomi dan perniagaan yang sepatutnya aku kena ambil masa sem 2 nanti.

 Lagi satu yang peningkan kepala aku ialah citra. Jujur aku memang tak faham sangat pasal citra tu tapi aku dah kena daftar sebab kalau lambat nanti aku tak dapat masuk citra yang best. Nasib baiklah kawan-kawan dengan akak-akak senior kat situ banyak tolong. Kalau tak, macam orang tak betul dah aku. Tapi yang bestnya, kau akan dapat susun jadual kau sendiri. kau boleh pilih nak kelas bila sama ada pagi ke petang ke. Aku pilih yang tak ada kelas hari jumaat. Jadi, hari jumaat aku free seharian. Dapatlah aku merasa cuti tiga hari😉

Okay macam tu jelah cerita aku setakat ni. Terima kasih yang sudi baca tu. Bye!!!


Comments

Popular posts from this blog

Menghargai atau dihargai?

Girls Day Out

Sem break