KS2KM
Assalamualaikum dan hai!!!
Cerita aku harini adalah tentang hari sukan yang berlaku dekat kolej aku. Singkatan yang orang panggil adalah KS2KM yang maksudnya Karnival Sukan Kolej Keris Mas.
Ada empat rumah sukan dan aku adalah daripada rumah biru. Aku memang suka hari sukan bukan sebab aku ni atlet. Aku tak aktif pun cuma aku suka jadi penyokong sebab boleh jerit-jerit sekuat hati aku. Bila lagikan nak menjerit ni? Ni jelah masa yang sesuai.
Macam-macam permainan yang dipertandingkan. Contohnya, badminton, bola tampar, bola jaring, bola baling, bola keranjang, sepak takraw dan yang paling best sekali ialah tarik tali. Permainan memang sengit sangat. Hari pertama, semua rumah sukan dapat kumpul emas untuk rumah masing-masing tapi lain pula yang jadi dekat rumah biru.
Tapi baru hari pertama. Rilek dulu. Masa hari kedua, rumah biru memang berusaha sungguh-sungguh sebab nak tebus balik maruah rumah sukan yang agak tercalar tu. Dan akhirnya dengan semangat kesukanan yang membara tambah dengan penyokong yang tak jemu-jemu bagi sokongan bazirkan air liur nak jerit bagi semangat dekat semua atlet, rumah biru dapat kumpul enam emas sekaligus mengalahkan semua rumah sukan yang lain.
Bagi aku, rumah biru memang terbaik. Walaupun dari awal dah kecundang, semangat antara satu sama lain sangat kuat. Bak kata felo yang pegang rumah biru, kami bukan sahaja menang secara keseluruhan tetapi kami menang semangat kerjasama antara kami semua dan juga kami menang semangat kesukanan yang tinggi.
Akhirnya penat lelah yang dicurahkan terbayar juga akhirnya. Dekat bawah ni aku ada sediakan sedikit gambar dan video untuk tontonan korang semua. So, enjoy it!

![]() |
Rumah Biru Kolej Keris Mas (KS2KM 2019/2020) |
Tarik Tali
Cheers gempak rumah biru
Comments
Post a Comment