Birthday Member

Assalamualaikum...hello!!!

Harini aku nak share sikit tentang sambutan pertama untuk hari lahir member aku kat UKM. Sebelum tu aku nak cerita dulu macam mana kita orang semua ni boleh jadi rapat.

Semuanya start dari seorang kawan (Fathin) yang nak masuk audition menari tapi dia malu nak menari seorang. Jadi dia ajak kawan dia join sekali iaitu kawan sebilik aku (Afiqah) dan secara tak sengaja aku pun terikut sekali hahaha. Lagipun aku kenal dia dengan kawan sebilik dia (Najwa) sebab kita orang satu kumpulan masa hari orientasi.

Masa hari nak buat latihan, aku dapat tahu yang nak menari ada tiga orang jer. Aku jadi cuak dan aku berjaya hasut budak bilik sebelah aku (Fasha) untuk join sekali dan kawan Afiqah (Ainur) masa matrik dulu pun nak join sekali. 

Jadi tertubuhnya kami enam orang. Sejak daripada haritu, kita orang jadi rapat. Kita orang tak adalah buat geng pun sebab kita orang still ada kawan-kawan yang lain terutamanya masa kuliah. Maksudnya tak adalah berkepit sahaja. Waktu dekat kolej baru kita orang bersama. Okay done story.

Sekarang ni nak cerita tentang sambutan hari lahir Najwa. Aku ada share satu gambar kat bawah ni😊


Sambutan ni simple jer tapi aku harap Najwa ingat sampai bila-bila ahahaha. Start pukul 3 petang lepas kita orang habis kelas kita orang keluar dari UKM untuk beli barang-barang yang patut. Then pukul 5 dia orang hantar aku dekat fakulti sebab aku ada kelas😴 Then malam tu, pukul 10 lebih kita orang prepare semua dekat gazebo yang dekat dengan blok kolej. Tempat tu gelap sebab tak reti nak buka lampu dekat situ so guna jelah flashlight telefon masing-masing. Gigih sangat nak bagi nampak terang sebab nanti nak ambil gambar biar nampak jelas dan cantik.

Semuanya berjalan dengan lancar. Kiranya prank kita orang berjaya sebab Najwa tak dapat agak dan dia memang tak sangka kita orang akan sambut birthday dia. So, mission completed. Yeayyyy!!! Okay sampai sini sahaja cerita aku. Aku harap persahabatan ni akan kekal sampai bila-bila😘 

Comments

Popular posts from this blog

Menghargai atau dihargai?

Girls Day Out

Sem break