Sekolah Methodist

Assalamualaikum dan hai semua! Apa khabar?

Aku nak cerita pengalaman aku masa aku kerja sebelum dapat rezeki sambung degree.

Aku tak ingat tarikh dia tapi waktu tu bulan Julai 2019. Aku ada kena buat pameran buku dekat sebuah sekolah iaitu SMK METHODIST (ACS) KLANG. Sebelum aku pergi sekolah tu, aku ada juga buat search tentang sekolah ni sebab aku nak tahu ni sekolah jenis apa (al-maklumlah aku tak pernah dengar nama sekolah and aku rasa berminat nak tahu).

Lepas jer aku google, aku buat andaian sendiri yang maybe jualan buku aku tak laku sangat dekat sekolah ni sebab tengok pelajar-pelajar dia macam kurang berminat dengan buku-buku yang aku jual. Ya aku memang jual buku novel tapi bukan novel-novel cinta. Aku jual buku novel sejarah Islam. Lagi satu, aku ingatkan sekolah ni sekolah standard untuk budak-budak bandar yang macam kurang tertarik tengok buku-buku sejarah ni. Jadi waktu tu aku rasa macam agak rugi jugalah sebab datang jauh-jauh tapi kurang dapat sambutan. Tapi mana boleh nak tolak bila orang dah jemput sebab kurang manis.

Tapi Alhamdulillah tak sangka sekolah ni baik sangat. Sampai jer dekat Klang tu, makan malam, sarapan dan makan tengahari mereka sediakan untuk kami. Jimat sikit duit. Masa samapi dekat sekolah tu, pelajar-pelajar dan guru-guru dekat situ sambut kami dengan penuh senyuman siap hulurkan bantuan untuk angkat barang serta susun buku.

Tapi paling tak disangka, jualan Alhamdulillah sangat memuaskan. Kalau nak diikutkan dengan sekolah-sekolah yang aku pernah pergi sebelum ini, dekat sini lebih laku sampai ada tajuk yang dah habis tapi masih ramai lagi yang berminat nak beli. Tiba-tiba rasa menyesal sebab tak bawa stok banyak.

Bagi akulah, pelajar sekolah ni sangat baik, peramah, rajin, bijak, sporting dan yang paling penting mereka hormat dengan tetamu luar. Dalam beberapa jam aku ada dekat sekolah tu, aku tak dengar satu pun kata-kata kesat dari mulut mereka semua. Okay lupa nak bagitahu sekolah ni campur kaum dan sekolah ini khas untuk lelaki sahaja.

So kesimpulannya dekat sini, bak kata orang putih, don't judge a book by its cover. Jadi, selalulah berfikiran positif walaupun kita ni negatif.

Comments

Popular posts from this blog

Menghargai atau dihargai?

Girls Day Out

Sem break