Myself
Assalamualaikum dan hai semua!!!
Today I'm gonna share about a simple story. Totally about myself and maybe some of you had a same situation like me. So don't take it seriously, just chill-chill okay.
Story ni tentang diri aku. Bagi aku, aku ada dua kehidupan yang berbeza. Satu, orang pandang aku macam aku ni yang terbaik. Orang jadikan aku something like idola jugakla. Dan satu lagi, orang nampak macam aku ni seorang yang lemah and maybe nerd ahahah kesian aku. Itu apa yang aku rasalah, tak tahulah kalau aku ni syok sendiri.
Situasi pertama tu selalu buat aku rasa bahagia dan kadang aku rasa aku hidup dalam pura-pura. Sebab apa? Sebab dari situ, aku dapat rasa yang aku ni dihargai, dihormati dan aku rasa yang aku tak ada teruk macam yang aku fikirkan walaupun hakikatnya aku tahu kebenarannya. Tapi situasi pertama ni bahaya sebab ia akan jadikan kau seorang yang riak dan itu yang kadang-kadang terjadi dekat diri aku dan aku sampai sekarang masih cuba nak kawal dengan sebaiknya. Kadang tu, bila orang puji, aku rasa down sangat. Sebab aku tahu diri aku macam mana. Aku taklah seperti apa yang orang lain nampak. Masih banyak kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam diri aku. Bila orang puji, aku rasa macam hidup dalam bayang-bayang yang aku tengah usaha nak capai.
Berbeza dengan situasi aku yang kedua iaitu orang nampak aku ni macam lemah. Actually aku rasa ini diri aku yang sebenar. Bila aku keluar dari kepompong kehidupan aku, aku sedar yang aku ni tersangatlah kerdil. Banyak lagi orang yang lebih hebat dan lebih layak untuk dipuji. Aku bukan nak merendah diri tapi itulah kenyataannya. Hidup dalam situasi ni kadang buat aku rasa diri aku ni tak berguna. Tapi situasi inilah yang buat aku lagi semangat nak ubah diri aku. Aku suka bila orang nampak aku macam tak ada apa-apa dan bila tiba masanya, orang terkejut dengan pencapaian aku. Dia macam sebuah kepuasan yang teramat.
Kedua-dua situasi ini ada baik dan buruknya. Cuma kena tengok macam mana kita handle situasi tu. Cuma nasihat aku, kalau orang puji, janganlah kau riak sangat dan jangan kau menafikan pulak. Nanti orang akan cakap yang kau ni tak reti bersyukur. So just ucap terima kasih dan doakan kejayaan orang tu. Dan bila orang keji kau, kau buat tak tahu jelah. Maksud aku bukanlah sampai kau kena buli tapi kau cari cara untuk protect diri kau. Bukan dengan cara keji dia balik. Itu lagi tak dapat apa-apa faedah. Kau cuma diam dan senyum jer. Kau jadikan tu sebagai pembakar semangat kau. Yang penting kau kena berusaha tingkatkan kemajuan diri dan buat dia tercengang dengan kejayaan kau.
Nothing is impossible right? So make a move okay!

Comments
Post a Comment