What Do You Want To Be?

Assalamualaikum dan hai semua!

"What Do You Want To Be?" ini adalah nama program yang telah aku dan ahli kumpulan aku anjurkan. Program ini adalah di bawah UKM Karier bagi pelajar yang mengikuti kursus citra Pegurusan Program Kerjaya. Program yang dilaksanakan ini adalah syarat wajib bagi lulus kursus ini. Jadi kami dibentuk kepada dua kumpulan di mana aku adalah kumpulan dua dengan ahli seramai 40 orang.

Program yang kami laksanakan ini adalah terbuka untuk mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada awalnya, kami membuat program untuk pelajar sekolah menengah tetapi disebabkan beberapa masalah Yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa tukar kepada plan B. Sejak dari awal proses, kumpulan kami bergerak agak sedikit perlahan daripada kumpulan 1. Malah aku tidak yakin bahawa program aku ini akan berjalan dengan lancar.

Tetapi satu dugaan yang tidak dapat disangka, perjalanan program kami berjalan dengan sangat lancar. Program kami tamat pada waktu yang telah ditetapkan seperti di dalam jadual. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang kami hadapi sepanjang persediaan unutk program ini, ia tidak menjadi penghalang untuk kejayaan program kami. Pensyarah yang membimbing kumpulan kami juga sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang kami berikan.

Melalui program ini, hubungan antara ahli kumpulan juga semakin erat. Daripada tidak kenal dan tidak pernah bercakap sama sekali, terus menjadi akrab. Bagi aku, program ini banyak manfaatnya bukan sahaja kepada para peserta tetapi kepada kami yang menganjurkan program ini juga.

Daripada program ini juga, aku peroleh seorang rakan baru. Nama panggilannya ialah Kilon. Aku teringat kata-kata dia "Seronoklah join program ini. Dapat banyak ilmu. Dah lah percuma, dapat makan dan minuman juga percuma. Tak rugi join program ni." Dia luah dekat aku. Dia tak tahu aku yang uruskan program ini. Ketika akhir program, baru dia tahu bahawa aku bukanlah peserta program ini tetapi akulah yang menganjurnya. Pengalaman sebegini tidak akan aku lupakan kerana dari sini aku dapat belajar banyak perkara terutamanya cara mengendalikan program.


Comments

Popular posts from this blog

Menghargai atau dihargai?

Girls Day Out

Sem break