Islamic Relief Malaysia
Assalamualaikum
Pernah dengar tak tentang Islamic Relief Malaysia atau singkatannya IRM? Mungkin ramai yang peka dengan kewujudan organisasi ini dan mungkin juga ada yang masih tak tahu akan kewujudan organisasi ini. Aku kenal IRM ni kerana salah satu kursus citra aku iaitu Program Pengurusan Berimpak mempunyai hubung kait dengan IRM ini. IRM ini telah bekerjasama dengan kursus citra aku dan dari sini aku mula mengenali IRM dengan lebih mendalam.
IRM merupakan sebuah NGO Kemanusiaan Antarabangsa yang tidak berpaksikan politik. IRM membantu mereka yang memerlukan sama ada di dalam atau luar negara termasuk Syria, Palestin, Somalia, Afrika, Bosnia dan sebagainya. IRM membantu tanpa mengira warna kulit, fahaman agama atau apa-apa sahaja.
Untuk masa ini, IRM sedang mengumpulkan dana untuk membantu pembinaan telaga air iaitu sebanyak 17 buah telaga air di Bangladesh. Sasaran IRM adalah sebanyak RM100,00.00. Persoalan di sini, kenapa perlu bina telaga air di Bangladesh? Kita biasa tahu dan kenal tentang orang-orang Bangladesh yang ada di Malaysia. Tapi kita pernah tahu atau ambil tahu tentang orang yang berada di Bangladesh?
Di Bangladesh, pembinaan telaga air ini sangat-sangat diperlukan. Ini kerana, air yang mereka gunakan untuk keperluan seharian ialah air tercemar dengan bahan toksik serta bahan kimia. Ini menyebabkan mereka selalu dijangkiti penyakit bawaan air seterusnya boleh menjadi lebih teruk sehingga membawa kepada kematian. Krisis air ini sangat memberi kesan buruk kepada mereka. Untuk mendapatkan bekalan air yang bersih, mereka perlu berjalan berpuluh kilometer sehari. Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka? Kita dekat Malaysia ni kalau tak ada air dua hari pun dah merungut dan tidak sabar-sabar.
Jadi dengan bantuan IRM melalui dana dan sumbangan daripada orang ramai, penderitaan mereka ini akan berakhir tidak lama lagi. Semoga sesiapa sahaja yang terlibat dalam misi membantu pembinaan telaga air di Bangladesh ini sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Comments
Post a Comment