Sekolah Methodist
Assalamualaikum dan hai semua! Apa khabar? Aku nak cerita pengalaman aku masa aku kerja sebelum dapat rezeki sambung degree. Aku tak ingat tarikh dia tapi waktu tu bulan Julai 2019. Aku ada kena buat pameran buku dekat sebuah sekolah iaitu SMK METHODIST (ACS) KLANG. Sebelum aku pergi sekolah tu, aku ada juga buat search tentang sekolah ni sebab aku nak tahu ni sekolah jenis apa (al-maklumlah aku tak pernah dengar nama sekolah and aku rasa berminat nak tahu). Lepas jer aku google, aku buat andaian sendiri yang maybe jualan buku aku tak laku sangat dekat sekolah ni sebab tengok pelajar-pelajar dia macam kurang berminat dengan buku-buku yang aku jual. Ya aku memang jual buku novel tapi bukan novel-novel cinta. Aku jual buku novel sejarah Islam. Lagi satu, aku ingatkan sekolah ni sekolah standard untuk budak-budak bandar yang macam kurang tertarik tengok buku-buku sejarah ni. Jadi waktu tu aku rasa macam agak rugi jugalah sebab datang jauh-jauh tapi kurang dapat sambutan. Tapi mana b...