Posts

Personal Branding

Hai dan Assalamualaikum... Pada satu perkongsian iaitu Industry Sharing  yang disampaikan oleh Encik Koh Mui Han, beliau telah berkongsi mengenai personal branding. Sebelum bercerita lebih lanjut, saya mahu memperkenalkan serba sedikit mengenai Encik Koh Mui Han. Beliau merupakan graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Sarjana Muda Sains Teknologi dan Makanan. Encik Koh Mui Han merupakan consultant di Syarikat Change Dynamics yang juga kini sedang bergiat aktif dengan program ' Primed for Success' dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada seluruh pelajar IPTA dan IPTS tentang persediaan mahasiswa untk menghadapi dunia pekerjaan selepas tamat sesi pembelajaran. Pernah dengar atau faham tentang personal branding ? Personal Branding  adalah satu proses di mana seseorang memasarkan diri kepada orang ramai terutamanya kepada majikan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan.  Cara untuk memasarkan diri ini tidak tertumpu kepada satu platform sahaja malah ada pelb...

International Volunteer Day

Image
Assalamualaikum... Pada 7 Disember 2019 iaitu hari Sabtu, aku telah menyertai satu program iaitu International Volunteer Day yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief telah menjemput semua pelajar Citra UKM untuk sama-sama dalam menyertai program ini. Program ini turut disertai oleh pelajar UKM yang bukan dalam kalangan pelajar citra, pelajar USIM, staf-staf Islamic Relief sendiri dan juga orang luar. Program ini diadakan di dua tempat dengan dua aktiviti yang berbeza. Aktiviti pertama ialah aktiviti Scavenger Hunt di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, manakala aktiviti kedua adalah permainan bowling yang bertempat di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Dalam program ini, aku telah membawa dua orang kawan untuk turut bersama memeriahkan program. Pengangkutan dari UKM ke Tasik Cempaka dan juga Bangi Gateway turut disediakan tanpa apa-apa bayaran. Hadiah untuk kumpulan yang menang juga turut disediakan dan juga kami diberi peralatan dari Islamic Relief dan maka...

Girls Day Out

Image
Assalamualaikum dan hai! Al-kisahnya bermula begini, salah seorang daripada kawan baik aku teringin sangat nak makan makanan korea dekat MyeongDong Topokki. Sebelum cuti mid sem lagi dia dah ajak aku tapi aku agak sibuk sikit jadi baru minggu ni aku dapat tunaikan permintaan dia. Kami memang belajar di universiti yang sama tapi boleh kira dengan jari berapa kali aku jumpa dia selama aku dekat universiti ni. Mungkin sebab kolej yang berlainan dan ambil bidang yang berlainan. Jadi, aku berusaha kosongkan jadual aku sehari untuk dia demi nak melayan tekak dia yang teringin sangat nak makan makanan korea. MyeongDong Topokki ni dekat dengan universiti aku. Antara menu yang disediakan adalah MyeongDong Topokki, MyeongDong Tokochi, Kimchi Topokki, Chicken Mandu, Kimbap, Yangnyeom Chicken, Hangul Chicken Deopbap dan macam-macam lagilah. Cuma aku sedikit kecewa sebab aku teringin nak makan MyeongDong Topokki tu tapi dah habis. Jadi aku terpaksa order menu yang lain. Tapi tak apalah a...

Islamic Relief Malaysia

Assalamualaikum Pernah dengar tak tentang Islamic Relief Malaysia atau singkatannya IRM? Mungkin ramai yang peka dengan kewujudan organisasi ini dan mungkin juga ada yang masih tak tahu akan kewujudan organisasi ini. Aku kenal IRM ni kerana salah satu kursus citra aku iaitu Program Pengurusan Berimpak mempunyai hubung kait dengan IRM ini. IRM ini telah bekerjasama dengan kursus citra aku dan dari sini aku mula mengenali IRM dengan lebih mendalam. IRM merupakan sebuah NGO Kemanusiaan Antarabangsa yang tidak berpaksikan politik. IRM membantu mereka yang memerlukan sama ada di dalam atau luar negara termasuk Syria, Palestin, Somalia, Afrika, Bosnia dan sebagainya. IRM membantu tanpa mengira warna kulit, fahaman agama atau apa-apa sahaja. Untuk masa ini, IRM sedang mengumpulkan dana untuk membantu pembinaan telaga air iaitu sebanyak 17 buah telaga air di Bangladesh. Sasaran IRM adalah sebanyak RM100,00.00. Persoalan di sini, kenapa perlu bina telaga air di Bangladesh? Kita biasa ...

What Do You Want To Be?

Image
Assalamualaikum dan hai semua! "What Do You Want To Be?" ini adalah nama program yang telah aku dan ahli kumpulan aku anjurkan. Program ini adalah di bawah UKM Karier bagi pelajar yang mengikuti kursus citra Pegurusan Program Kerjaya. Program yang dilaksanakan ini adalah syarat wajib bagi lulus kursus ini. Jadi kami dibentuk kepada dua kumpulan di mana aku adalah kumpulan dua dengan ahli seramai 40 orang. Program yang kami laksanakan ini adalah terbuka untuk mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada awalnya, kami membuat program untuk pelajar sekolah menengah tetapi disebabkan beberapa masalah Yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa tukar kepada plan B. Sejak dari awal proses, kumpulan kami bergerak agak sedikit perlahan daripada kumpulan 1. Malah aku tidak yakin bahawa program aku ini akan berjalan dengan lancar. Tetapi satu dugaan yang tidak dapat disangka, perjalanan program kami berjalan dengan sangat lancar. Program kami tamat pada wakt...

Sem break

Hai semua! Assalamualaikum💞 Waktu aku cuti semester 1 masa aku dekat matriks dulu, aku isi masa cuti aku yang lebih kurang dalam dua minggu kerja dengan atuk aku. Mesti ada yang cakap kenapa tak rehat je dekat rumah sebab penat belajar. Tapi aku rasa, why not dengan masa yang ada tu, kita isi dengan perkara yang dapat bantu diri kita untuk kenal dunia luar? Kalau duduk rumah, aku tak akan dapat banyak pengalaman yang menarik. Jadi better aku kerja sebab at least aku dapat tambah duit poket. Bagi aku pengalaman yang aku dapat selama dalam lebih kurang 10 hari ni sangatlah bermakna dalam diri aku. Lagi-lagi sebab ada sepupu aku yang kerja sekali. Dan aku dapat lebih rapat dengan dua orang akak yang juga rakan sekerja aku. Aku kerja apa? Aku tolong atuk aku buat pameran buku dia dekat Rawang dan juga Putrajaya. Masa aku dekat Rawang, aku kenal dengan seorang akak ni nama dia Husna. Dia baik sangat dan banyak benda yang dia cerita dan ajar dekat aku. Dekat Rawang tu, aku belajar ...

Sekolah Methodist

Assalamualaikum dan hai semua! Apa khabar? Aku nak cerita pengalaman aku masa aku kerja sebelum dapat rezeki sambung degree. Aku tak ingat tarikh dia tapi waktu tu bulan Julai 2019. Aku ada kena buat pameran buku dekat sebuah sekolah iaitu SMK METHODIST (ACS) KLANG. Sebelum aku pergi sekolah tu, aku ada juga buat search tentang sekolah ni sebab aku nak tahu ni sekolah jenis apa (al-maklumlah aku tak pernah dengar nama sekolah and aku rasa berminat nak tahu). Lepas jer aku google, aku buat andaian sendiri yang maybe jualan buku aku tak laku sangat dekat sekolah ni sebab tengok pelajar-pelajar dia macam kurang berminat dengan buku-buku yang aku jual. Ya aku memang jual buku novel tapi bukan novel-novel cinta. Aku jual buku novel sejarah Islam. Lagi satu, aku ingatkan sekolah ni sekolah standard untuk budak-budak bandar yang macam kurang tertarik tengok buku-buku sejarah ni. Jadi waktu tu aku rasa macam agak rugi jugalah sebab datang jauh-jauh tapi kurang dapat sambutan. Tapi mana b...